27 October 2009
Selamatkan bumi dari plastik
Dianggarkan lebih 500 juta beg plastik digunakan di dunia setiap tahun. Jika plastik-plastik ini dibentangkan, ia dapat membungkus permukaan bumi sekurang-kurangnya 10 lapis. Bahan plastik ini mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hingga 500 tahun untuk lupus sekiranya ditanam manakala impak pencemaran lebih besar jika dibakar.
Jika proses pembakaran tidak sempurna, plastik akan terurai di udara sebagai dioksin. Dioksin sangat merbahaya jika dihidu oleh mausia. Impaknya antara lain adalah pemangkin penyakit kanser, hepatitis, bengkak hati, gangguan sistem saraf dan pemangkin depresi.
Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Walaupun sebahagiannya dilihat sudah hancur, tetapi bahan-bahan kimia masih terdapat dalam bentuk habuk yang stabil.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Made Arcana dari Institut Teknologi Bandung, bahan pewarna yang umumya terkandung di dalam beg plastik merbahaya untuk kesihatan. Bahan pewarna ini jika terkena panas akan terurai dan mengeluarkan bahan yang merupakan pemangkin kanser. Maka, dinasihatkan agar tidak meletakkan makanan bergoreng atau makanan panas terus di dalam beg plastik.
Plastik juga banyak mendatangkan masalah. Disebakan lambat reput, ia mudah menyumbat saluran air dan menjadi salah satu punca banjir besar yang mampu meragut banyak nyawa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment