28 October 2009

Kitar semula

Tahukah anda?
Sebanyak 15,000 tan sampah yang dipungut setiap hari dan jumlah ini mampu memenuhi bangunan KLCC dalam masa 9.6 hari.

Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok harus ditebang.



Kitar semula 1 botol kaca mampu menjimatkan elektrik untuk menyalakan mentol 100 watt selama 4 jam.

Pengeluaran plastik menghasilkan 5 bahan kimia merbahaya.

Kita menggunakan 50 bilion tin aluminium setahun.

Jika kita mengamalkan kitar semula, kita mampu menjimatkan 90 juta kos mengendalikan pembuangan sisa pepejal

Apakah kitar semula?
Kitar semula ialah proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan dari sampah untuk diguna semula.

Apa yang boleh dikitar semula?
Kertas
Plastik
Kertas kadbod tebal
Kaca
Logam (contoh : tin aluminium)

Antara perkara yang boleh dilakukan :
Asingkan sampah
Guna semula benda yang boleh diguna

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kitar semula sila klik SINI
FIKIR DULU SEBELUM BUANG

No comments:

Post a Comment